Starbucks Double Chocolaty Chip Frappuccino

Sunday, 8 February 2015

3 TEMPAT BERSEJARAH DI MALAYSIA

PENGENALAN

Kami dikehendaki menjalankan satu tugasan tentang tiga tempat bersejarah di negara kita iaitu di Malaysia. Tempat bersejarah yang dipilih oleh kami sekumpulan ialah Bangunan Kota A Famosa di Melaka, Bangunan Sultan Ibrahim di Johor dan juga Kota Belanda di Perak. Kajian kami ini  telah merangkumi objektif-objektif seperti berikut. Antara objektif tugasan kami adalah untuk Mengkaji latar belakang setiap tempat bersejarah beserta dengan Mengenalpasti usaha dan cara untuk memelihara tempat bersejarah tersebut.

Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang pesat membangun. Namun begitu, dicelah-celah arus pembangunan yang pesat ini terdapatnya bangunan-bangunan yang penuh dengan kesan sejarah yang menarik disamping mempunyai reka bentuk seni bina yang unik seperti bangunan pentadbiran kerajaan, stesen keretapi, sekolah, masjid, istana dan lain-lain lagi. Bangunan-bangunan bersejarah ini perlu dipulihara dengan sebaik mungkin daripada pupus ditelan arus pembangunan. Bidang pemuliharaan bangunan bersejarah adalah merupakan satu revolusi yang semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia hari ini. Ia merupakan satu bidang yang melibatkan kerja pemuliharaan, pengekalan dan penjagaan ke atas bangunan bersejarah dilakukan bagi memanjangkan usia bangunan berkenaan. Selain daripada itu, ia bertujuan untuk memastikan bangunan bersejarah yang dipulihara bebas daripada sebarang masalah kerosakan bangunan dan terpulihara dari segi reka bentuk seni bina dan bahan binaannya. 



BANGUNAN SULTAN IBRAHIM JOHOR


Bangunan Sultan Ibrahim merupakan bekas bangunan urus setia negeri Johor. Ia terletak di Bukit Timbalan di Johor Bahru, Malaysia. Bangunan ini telah di bina di antara tahun 1936 dan 1939 dan telah siap pada tahun 1940 kerana kerajaan Kolonial British mencuba untuk menyelaraskan pentadbiran negeri. Ia telah dirasmikan oleh Almarhum Sultan Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar.

SEJARAH BANGUNAN SULTAN IBRAHIM

Bangunan Sultan Ibrahim merupakan bekas bangunan urus setia negeri Johor. Ia terletak di Bukit Timbalan di Johor Bahru, Malaysia. Bangunan ini telah di bina di antara tahun 1936 dan 1939 dan telah siap pada tahun 1940 kerana kerajaan Kolonial British mencuba untuk menyelaraskan pentadbiran negeri. Ia telah dirasmikan oleh Almarhum Sultan Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar.

Sejarah Pembinaan Bangunan Sultan Ibrahim bermula dengan majlis pecah tanah yang dirasmikan oleh Tengku Ismail, Tengku Mahkota johor pada masa tersebut pada hari isnin, 7 November 1938. Batu asa pula diletakkan pada 10 MAC 1940. Bangunan itu telah pun siap sepenuhnya pembinaannya pada tahun 1942 dengan kos sebnyak RM 2juta, jamuan telah diadakan di Royal Palace pada hari Selasa, 3 November 1942 bersempena dengan pembukaan rasmi pejabat kerajaan negeri.

Bangunan ini telah direka oleh firma seni bina Palmer dan Turner yang juga bertanggungjawab Seni bina bangunan ini telah menggabungkan Kolonial serta Melayu dengan seni bina reka bentuk yang Saracenic dan menara menjadikannya sebagai mercu tanda di Johor Bahru. Bangunan ini telah direka oleh firma seni bina yang terkenal British, Palmer dan Turner yang juga bertanggungjawab dalam perancangan membina Hospital Sultanah Aminah serta beberapa mercu tanda penting di Singapura

Bangunan ini dahulunya menempatkan Pejabat Menteri Besar dan Dewan Undangan Negeri  Johor sebelum kedua-duanya telah dipindahkan ke Kota Iskandar, Nusajaya Johor.

Pada hari Isnin, 9hb Ogos 1982, bangunan itu telah secara rasminya dan dinamakan sebagai Banguna Sultan Ibrahim oleh Al-Sultan Iskandar Ibni Al-Sultan Ismail, Sultan johor pada masa itu.

Bangunan ini adalah merupakan bangunan tertinggi di Malaysia ketika era Pra-Merdeka. Di Johor Bahru, bangunan ini berdiri dengan megahnya tanpa dicabar dengan bangunan tinggi yang lain sehingga terbinanya bangunan Merlin Tower pada tahun 1970an lagi. Bangunan Sultan Ibrahim adalah merupakan simbol kemajuan johor pada masa itu dan masih kekal sebagai mercu tanda Johor Bahru.

Pada tahun 1942, ketika Perang Dunia II, Tentera jepun telah menggunakan bangunan ini sebagai kubu dan pusat arahan untuk mengintip aktiviti tentera British di Singapura. Jika anda melihat rapat di dinding bangunan itu, anda masih boleh melihat kesan tembakan daripada penceroboh bangunan tersebut. Bangunan ini mempunyai sejarah yang amat bernilai buat rakyat Johor unuk tontonan generasi akan datang.

Bangunan itu adalah salah satu daripada bangunan bersejarah yang sangat besar nilainya yang masih wujud di Johor Bahru. Ia  menempatkan Sekretariat Negeri dan pejabat-pejabat kerajaan negeri selama 67 tahun sehingga kerajaan negeri johor mengumumkan bahawa mereka akan berpindah ke Nusajaya, Pusat Pentadbiran Baru Negeri Johor pada tahun 2010.


Ada khabar angin yang mengatakan, Yayasan Warisan Johor akan mengambil alih bangunan tersebut sebagai ibu pejabat baru mereka. Kami berharap khabar angin ini menjadi kenyataan agar  bangunan ini dapat sentiasa dikekalkan demi sejarah negeri Johor.


KOTA BELANDA PERAK



Kota Belanda adalah gelaran yang diberi oleh orang-orang Melayu kepada runtuhan Pulau Pangkor. Bagaimanapun, rekod-rekod merujuk kepada binaan tersebut sebagai Kota Dinding, bersempena dengan nama Sungai Dinding di pantai barat Semenanjung dalam Negeri Perak.

Perak merupakan sebuah negeri pengeluar timah yang paling utama di Semenanjung Tanah Melayu ketika itu dan Syarikat Hindia Timur Belanda berhasrat mengawal dan mengekalkan monopoli perdagangan komoditi tersebut. Kapal-kapal perang dan kapal-kapal dagang Belanda bertaburan di perairan Perak pada hampir sepanjang kurun ketujuh belas dan kelapan belas.'

Ada sebab-sebab strategik mengapa Belanda menempatkan kapal-kapal mereka di sini. Perak merupakan pintu masuk utama ke Aceh manakala negeri Sumatera tersebut adalah musuh Belanda. Dengan alasan ini sebuah tapak pengawasan diasaskan di Teluk Gedung pada tahun 1670 untuk memberi sokongan dan bantuan kepada kapal-kapal yang membuat sekatan-sekatan di laluan perairan Selat Melaka. Satu lagi sebab ialah untuk melemahkan saingan orang-orang British yang juga aktif berdagang di kawasan ini.

Mengikut laporan Gabenor Belanda Balthasar Bort dalam tahun 1678: “pada ketika ini 59 orang berada di Perak, terbabit dengan usaha sekatan di tempat itu dan mereka ini ditempatkan di Pulau Dinding, yang mana Syarikat Yang Dihormati memilikinya, menetap dalam sebuah kubu yang diperbuat daripada kayu berbentuk segiempat, dilengkapi 9 buah meriam.”

Di antara 59 orang itu ialah seorang saudagar yang menjadi penyelia, seorang kapten, seorang jurukira, tiga pembantu, tiga pegawai, dua doktor, lapan pengawal dan 40 kelasi. Selain kubu tersebut mereka juga memiliki kapal layar dan perahu ‘Laren’, ‘Cacap’ dan ‘Dinding’

Orang-orang Belanda ini, walaupun mereka turut berdagang dengan orang-orang Melayu, mereka kurang percaya kepada penduduk tempatan ini kerana takut kepada orang-orang Melayu mereka tidak berani meninggalkan kubu mereka terlalu jauh kerana hanya di kubu itu sajalah mereka berasa selamat.

Beberapa tahun kemudian kubu ini diperkasakan dengan binaan bangunan batu dan dilengkapi 12 hingga 14 buah meriam.


Seorang peneroka dan pelayar British, William Dampier, menceritakan satu peristiwa: Gabenor, tetamu-tetamunya dan beberapa orang pegawai baru sahaja hendak makan apabila seorang soldadu bertempik, ‘Melayu!’ Sepantas kilat gabenor itu melompat keluar melalui tingkap, untuk segera berlindung di kubu. Pegawai-pegawai pun berebut-rebut, diikuti orang-orang suruhan, untuk cepat sampai ke kubu ada yang keluar mengikut tingkap dan ada yang keluar mengikut pintu. Tiga orang tetamu gabenor terpegun dan terpinga-pinga ditinggalkan di situ.

Di kubu, mereka menembak ke arah laut bertalu-talu memberi isyarat kepada orang-orang Melayu bahawa mereka sudah bersedia untuk mempertahankan diri, tetapi musuh yang ditakuti tidak juga sampai-sampai.

Sebenarnya, beberapa orang soldadu Belanda yang sedang memancing tidak jauh dari teluk itu telah diserang oleh orang-orang Melayu yang bersenjatakan keris dan lembing. Beberapa orang daripada mereka telah dibunuh sementara yang lainnya terjun ke laut dan berenang ke darat. Salah seorang yang terselamat inilah yang bertempik begitu kuat sehingga menakutkan gabenor yang baru sahaja mahu makan.

Kami berjaga sepanjang malam dengan semua senjata siap sedia untuk digunakan. Tetapi pada malam itu hujan lebat dan saya tidak takut sangat diserang oleh orang-orang Melayu kerana menurut salah seorang kelasi yang kami ambil dari Melaka, orang-orang Melayu ini tidak akan menyerang di dalam hujan. Keesokan paginya kami pergi mencari musuh dengan kapal di sekeliling pulau tetapi tidak menjumpai mereka. Selepas itu kami pun pulang dan berlabuh.

Pada tahun 1690 kubu Belanda ini telah diserang sekali lagi oleh Panglima Kulup dan pengikut-pengikutnya. Semua orang Belanda telah terbunuh di dalam serangan ini. Pada 24 Jun 1693 sebuah arahan telah dikeluarkan bahawa askar-askar tidak lagi ditempatkan di Pulau Dinding (Pangkor) dan sebuah tugu dibina dengan meletak lambang Persekutuan Syarikat Hindia Timur dan lambang Wilayah Bersekutu sebagai tanda hakmilik Belanda. Pada tahun 1695, 1721 dan 1729 arahan-arahan dikeluarkan untuk membaiki tugu ini.

Pada 20 November 1745 Gabenor-Jeneral Gustraaf Willem, Baron van Imhoff mengarahkan pembinaan semula kota di Pulau Dinding dikawal oleh sebuah ketumbukan yang anggotai 30 orang Eropah dan 30 orang berketurunan Asia (kecuali orang-orang Bugis). Tetapi pada 22 Oktober 1746, Ary Verbrugge telah dihantar untuk memastikan Sultan membenarkan sebuah kubu dibina di hulu sungai dan bersetuju untuk menjual timah kepada Syarikat. Sultan Muzaffar Shah III telah menandatangani perjanjian ini pada 25 Jun 1747. Pada 18 Oktober 1748 van Imhoff mengarahkan ketumbukan di Pulau Dinding dipindahkan ke kubu yang baru ini.



BATU BERSURAT

               
Terdapat lukisan seekor harimau sedang membaham seseorang di Batu Bersurat ini, satu lagi tanda yang ditinggalkan oleh orang-orang Belanda berhampiran Kota Belanda di Teluk Gedung.

Lukisan itu dipercayai mengundang sebuah cerita tragik, bahawa anak seorang pembesar Belanda telah dilarikan oleh seekor harimau. Oleh kerana kesedihan serta untuk memperingatinya maka peristiwa tersebut telah dipahatkan pada batu ini.


Tetapi menurut penduduk tempatan, kanak-kanak tersebut telah diculik oleh orang Melayu yang tidak suka penjajah Belanda bertapak di Negeri Perak. Orang Melayu dilambangkan sebagai harimau.
Ramai wira Perak yang terlibat dalam pembunuhan Birch telah ditangkap dan dihukum bunuh. Antaranya Maharaja Lela, Datuk Sagor, Si Puntum, Pandak Endut, Laksamana Mohamad Amin, Ngah Ibrahim dan lain-lain.


Inggeris kemudiannya telah membuka lebih banyak lombong bijih timah di Perak dan ladang-ladang getah. Bandar-bandar baru telah muncul dengan pesatnya di Perak. Kemunculan bandar-bandar baru ini telah dengan sendirinya mengasingkan orang Melayu daripada pembangunan.

Turut terdapat pada batu tersebut ialah ukiran tulisan 1743 I.F. CRALO dan lambang VOC (Veerenigde Oostindische Compagnie) yang membawa maksud Syarikat Hindia Timur Belanda.

Perjanjian Pangkor ditandatangani pada 20 Februari 1874 yang telah memberi kebenaran untuk Inggeris mencampuri urusan negeri Perak - satu kesilapan yang telah dilakukan oleh Raja Abdullah Ibni Sultan Jaafar, tetapi telah disedari hanya setelah semuanya ditandatangani.

Perjanjian ini berputik daripada kemangkatan Sultan Ali, Raja Abdullah yang sepatutnya dilantik sebagai sultan baru tetapi Raja Ismail yang telah dilantik. Perasaan tidak puas hati inilah yang mendorong Raja Abdullah meminta bantuan Inggeris. Satu lagi sebab ialah permusuhan dua kongsi gelap Cina, Ghee Hin and Hai San untuk merebut lombong bijih timah.

Campur tangan Residen Inggeris telah menimbulkan rasa tidak senang di kalangan orang-orang Melayu, khasnya golongan istana yang merasa kuasa mereka telah hilang. Rasa tidak senang itulah yang membuka jalan nekad orang Melayu Perak bertindak. Tanpa takut dan gentar, mereka telah bersepakat untuk membunuh JWW Birch yang akibatnya ialah Perak berhadapan dengan Inggeris dalam siri peperangan hingga tahun 1876.

Walaupun wira-wira bangsa ini berjaya dibunuh oleh Inggeris, namun peristiwa Pasir Salak itu telah mengajar Inggeris bahawa mereka tidak boleh mengambil mudah dan memperbodohkan orang Melayu.

Perak menikmati kemakmuran daripada bijih timah lebih 100 tahun. Kemudian pada tahun 1970, ekonomi Perak mula menjunam dan hampir muflis ekoran kejatuhan harga bijih timah di pasaran dunia. Simpanan timah antarabangsa telah melebihi aras yang dikehendaki hingga menyebabkan logam itu melebihi daripada permintaan. Tauke lombong gelisah dan ramai pelombong hilang pekerjaan. Situasi ini mengajar Perak dan khasnya Malaysia agar tidak bergantung kepada satu sumber ekonomi sahaja.

KOTA A FAMOSA MELAKA


Kota A Famosa bermaksud "Yang Termashur" dalam bahasa Portugis yang telah dibina oleh Portugis sebaik sahaja berjaya menawan Melaka pada tahun 1511. A Famosa terletak di Bandar Hilir, Melaka bersebelahan replika Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul. Ia merupakan seni bina Eropah tertua yang masih tinggal di Asia. Kota A Famosa ini juga menempatkan beberapa bangunan untuk kediaman kapten Portugis, stok menyimpan senjata dan makanan selain dari tempat kediaman pengawal dan kuda perang.

Selepas penawanan Portugis A Famosa merupakan nama kubu yang dibina oleh orang Portugis selepas menakluk Melaka pada tahun 1511. Sebaik sahaja mereka menawan Melaka, Portugis menggunakan buruh paksa untuk membina kubu sementara bagi menangkis serangan orang-orang Melayu, sementara mereka membina kubu utama yang digelar "A Famosa", atau secara rasminya Kubu Melaka (Fortaleza de Malaca). Kota A Famosa mengambil masa selama 5 bulan untuk di bina. Akibat suhu panas terik dan kekurangan makanan, ramai buruh paksa yang mati ketika membina kota tersebut. Bahan bagi membina kota tersebut diambil dari runtuhan masjid dan bangunan lain.

Pembinaan kota A Famosa adalah atas arahan Alfonso de Albuquerque yang boleh dikatakan menjadi lambang penentangan kepada penduduk Melaka pada masa itu sehinggakan memaksa pihak Portugis membina kota pertahanan sebaik sahaja mereka menguasai bandar Melaka.

Kota A Famosa yang disiapkan mempunyai empat menara, atau ketelom (bastion), dengan tembok setebal 2.4 meter hingga 4.5 meter. Menara-menara tersebut dikenali sebagai Baluarte San Pedro, Baluerte de las Virgenes, Baluerte Madre de Dios, Baluerte Santo Domingo, dan Baluerte de Santiago. Menjelang tahun 1583, Melaka telah menjadi bandar berkota yang dilindungi dengan tujuh puluh meriam ke semua arah.

A Famosa diperluaskan ke kawasan berhampiran dan meliputi penempatan Eropah. Kawasan itu termasuklah Jalan Kota, Jalan Gereja, Jalan Mahkamah dan juga Jalan Istana. Penjajah Portugis turut menjadikan ini satu penempatan Kristian dengan 5 gereja, tempat beribadat, biara, hospital dan sebagainya. Bagaimanapun, kota ini gagal menghalang Belanda pada kurun ke-17. Dengan bantuan rakyat tempatan dan Melayu Johor, serangan telah dilancarkan sebelum Belanda berjaya merampas Melaka.

Kota A Famosa dibina sebegitu kukuh sehinggakan ia membantu Portugis untuk menangkis semua bentuk serangan. Untuk menakluk Melaka, pasukan Belanda mengepong kota tersebut selama lima bulan, sementara penduduk yang terperangkap di dalamnya terpaksa memakan kucing, tikus, dan di dalam satu kes seorang wanita memakan bayinya yang mati. Akhirnya, pada 14 Januari 1641, Pihak Belanda menyerbu melalui Pintu Santo Domingo Gate, yang menjelang masa itu mengalami korban lebih 7,000 akibat kebuluran, penyakit dan tembakan senjata api.

Kota A Famosa yang rosak teruk dalam pertempuran telah diperbaiki sementara Porta de Santiago yang merupakan pintu utamanya digantikan dengan logo Syarikat Hindia Timur Belanda. Selepas menawan kota tersebut, pihak Belanda membaiki dan mengubah suai, dan meletakkan jata mereka di atas pintu pagar yang masih kekal sehingga kini pada Porta de Santiago, satu-satunya pintu yang terselamat, dengan ukiran "Anno 1670".

PENTADBIRAN BRITISH


Belanda telah menyerahkan Melaka kepada British. Putera William of Orange telah memerintahkan  semua jajahan takluk Belanda menerima tentera British,  Ia bagi menghalang Belanda dari jatuh ke tangan Perancis. Akibatnya, pihak British telah berjaya menguasai Melaka pada tahun 1795 tanpa sebarang pertempuran.


British tidak berminat untuk menyimpannya ataupun membiayai penempatan tentera bagi mempertahankan Melaka yang dianggap milik sementara dan perlu dipulangkan kepada pihak Belanda selepas perang. Mr. Robert Farquhar iaitu Leftenan Gabenor Pulau Pinang dan juga Gabenor Melaka antara pada tahun 1803 hingga tahun 1818, telah membuat cadangan bagi memusnahkan kota A Famosa kepada Kerajaan Inggeris di India.

Beliau menyatakan bahawa penyelenggaraan dan pertahanan kubu tersebut hendaklah dikecilkan dan memberikan dua antaera sebab utamanya, iaitu hasil yang diperolehi oleh Melaka tidak mampu membantu membiayai kos penempatan tentera 'Sepoy' dan pengecilan itu akan dapat membantu memajukan Pulau Pinang dengan memindahkan penduduk Melaka ke Pulau Pinang. Maka pada awal tahun 1804, beliau dengan tegas mencadangkan agar Melaka dihapuskan dari muka bumi dengan semua penduduk Melaka diarah supaya dipindahkan ke Pulau Pinang dan Kota A Famosa dimusnahkan bagi mengelakkan ia dikuasai oleh pihak lawan.

 Dengan cadangan tersebut, Kerajaan Inggeris di India mengarahkan Kota A Famosa yang terletak di Bandar Hilir, Melaka dihancurkan. Kerja merobohkan Kota A Famosa bermula pada  10 Ogos 1807. Pada awalnya dia memerintahkan pesalah untuk merobohkan Kota A Famosa batu demi batu dengan menggunakan pemungkis dan besi penyungkil. Apabila tembok yang sesetengahnya mencecah 4.5 meter kelihatan terlalu kukuh untuk ditanggalkan, dia memutuskan bagi memusnahkan Kota A Famosa dengan menggunakan ubat bedil. Dia memerintah lubang digali di sekeliling kaki kota dan meletupkan Kota A Famosa, menyebabkan batu sebesar rumah berterbangan dan jatuh ke laut. Hampir kesemua kubu, tembok-tembok, Hospital Besar, dua tempat menyimpan beras, tempat kediaman dan enam bilik simpanan telah diletup dan diratakan.

Semasa kerja-kerja pemusnahan telah pun berlaku dengan rancaknya, Sir Stamford Raffles seorang kakitangan kerajaan yang bercuti sakit telah datang ke Melaka atas jemputan William Farquhar. Apabila mengetahui mengenai perobohan Kota A Famosa, beliau telah menulis surat kepada Kerajaan Inggeris di Pulau Pinang dan India dengan menyatakan bahawa pemusnahan Kota A Famosa tidak patut dilakukan. Beliau telah memberi sebab-sebab tertentu, pertamanya jika Inggeris membiarkan Melaka, pihak lain akan mendudukinya, sudah pasti ia akan merugikan Pulau Pinang, kedua Melaka itu sendiri mempunyai nilai sejarah dan mentadbirkannya tidak memerlukan perbelanjaan yang banyak, manakala yang ketiga adalah penduduk-penduduk Melaka tidak perlu dipindahkan kerana sebelum Belanda meninggalkan Melaka, Inggeris telah pun memerintahkan penduduk Melaka supaya terus tinggal di situ. Beliau turut menyatakan bahawa Inggeris tidak perlu meninggalkan Melaka hanya kecuali dipaksa.


Cadangan Raffles itu telah diterima dengan baik oleh Kerajaan Inggris tetapi ia sudah terlambat kerana hampir seluruh kota tersebut telah musnah. Pemusnahan Kota A Famosa pada hari ini dalam tahun 1807, telah memusnahkan hampir seluruh kota itu, dan hanya meninggalkan satu pintu kotanya yang dapat dilihat hingga hari ini, iaitu Porta de Santiago.


USAHA DAN CARA MEMULIHARA TEMPAT BERSEJARAH DI MALAYSIA

Antara salah satu elemen penting yang mendasari usaha pemuliharaan bangunan bersejarah di negara kita seperti Kota A Famosa adalah keterlibatan semua agensi yang berkaitan dengan kerja-kerja penyelidikan dan pembangunan seperti Jabatan Arkitek Malaysia dan Jabatan Kerja Raya sebagai contohnya usaha yang perlu dilakukan adalah seperti sentiasa memantau perkembangan usaha-usaha pengekalan bangunan-bangunan bersejarah di seluruh negara. Hal ini adalah bagi tujuan memastikan agar semua bangunan yang telah diwartakan sebagai warisan kebangsaan sentiasa terpelihara dan selamat dikunjungi. Tidak cukup dengan usaha tersebut, beberapa buah universiti di tanah air kita sering kali menjalankan penyelidikan bagi mengenal pasti struktur dan reka bentuk bangunan ini menepati ciri-ciri yang diharapkan oleh masyarakat Malaysia. Usaha ini turut ditanamkan di dalam jiwa kalangan pelajar yang mengambil mata pelajaran sejarah mahupun Pengajian Malaysia di mana mereka turut boleh menjalankan kajian tentang bangunan-bangunan bersejarah di negara kita. Penyelidikan yang berterusan ini mampu menanamkan sikap cinta akan warisan budaya kita sesuai dengan matlamat kerajaan membangunkan nilai patriotisma dalam jiwa remaja kita pada hari ini.

Bagi menyempurnakan cita-cita luhur untuk mengekalkan bangunan-bangunan bersejarah di negara kita, kerajaan juga turut bertindak untuk memperkenalkan bangunan warisan tersebut kepada pelancong dari seluruh dunia. Usaha ini didepani oleh Kementerian Pelancongan dan juga Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia yang sentiasa merintis jalan bagi memperkenalkan tempat-tempat menarik di Malaysia. Melalui usaha ini, bangunan-bangunan bersejarah dijadikan sebagai tempat lawatan wajib bagi pelancong yang mengikuti pakej anjuran Kementerian Pelancongan. Langkah memperkenalkan bangunan bersejarah seperti Bangunan Sultan Abdul Samad, Kota A famosa, Istana Jugra dan sebagainya mampu merealisasikan hasrat kita bagi mengekalkan bangunan bersejarah tersebut agar terus kekal di persada dunia. Pada masa yang sama, pemeliharaan bangunan bersejarah ini dapat mengekalkan fakta-fakta yang lebih jelas tentang budaya masyarakat kita yang hidup dan berkembang dalam lingkungannya yang begitu unik.

Disamping itu juga, kerajaan telah menyarankan agar generasi muda kini dapat menghargai jasa dan pejuang tokoh-tokoh negara ditanah air kita. Oleh itu, Kerajaan telah menjalankan berbagai-bagai usaha untuk memelihara dan memulihara bangunan bersejarah agar dengan itu dapat memupuk semangat cintakan warisan bangsa dalam kalangan rakyat Malaysia. Hal ini kerana, Aktiviti ini dapat menimbulkan perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia. Sebagai contoh, bangunan yang dibina oleh Portugis di Melaka iaitu bangunan Kota A Famosa dapat lagi kita lihat dari dulu sehinggalah sekarang, bangunan itu masih kekal dan tidak lagi berubah. Oleh itu, kita mesti berbangga dengan sejarah negara. Impaknya, masyarakat akan bekerjasama dan tolong menolong untuk mempertahankan bangunan-bangunan bersejarah ini. Bangunan bersejarah di negara kita ini banyak meninggalkan kesan sejarah yang menarik untuk dikenang seperti bangunan Sultan Abdul Samad yang pernah dijadikan sebagai tempat pengumpulan raja-raja Melayu sewaktu menentang Malayan Union.

Selain itu, Peristiwa sedemikian juga boleh mengingatkan kita kepada bertapa susahnya mereka untuk mempertahankan tanah Melayu ini daripada jatuh ke tangan British. Ini membuatkan dan membuktikan kita sebagai rakyat Malaysia lebih menghargai negara kita. Daripada bangunan bersejarah itulah kita akan berasa lebih bersemangat serta rajin dan gigih untuk meningkatkan diri sebagai rakyat negara yang maju dan cintakan akan agama bangsa dan juga negara serta berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara. Selain itu, melalui aktiviti ini juga akan menimbulkan perasaan semangat setia akan negara dan akan tersemai di dalam jiwa setiap masyarakat. Misalnya tokoh-tokoh negara yang telah mengadaikan nyawa mereka dan juga harta mereka demi untuk berjuang habis-habisan untuk memerdekakan tanah air Malaysia yang kita duduki pada sekarang ini. Kesimpulannya, kita mestilah dan perlulah taat dan setia kepada raja dan pemimpin negara kerana merekalah yang berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara. Oleh itu, kita mestilah serta harus berterima kasih kepada tokoh-tokoh negara dengan cara berusaha untuk terus memelihara dan memulihara bangunan bersejarah tersebut.

KESIMPULAN

Bangunan bersejarah sememangnya begitu banyak di negara Malaysia ini terutama di Melaka dan Pulau Pinang. Bangunan bersejarah ini harus dikekalkan kerana ia mempunyai banyak impak yang positif terutama kepada kehidupan masyarakat. Pihak media massa turut serta dalam diskusi hebat untuk menentukan sama ada pembangunan lebih penting atau pengekalkan warisan yang penting. Sesungguhnya, ada banyak perkara baik yang boleh terhasil menerusi pengekalan bangunan bersejarah ini.

Impak yang paling baik pengekalan bangunan sebegini sudah pasti daripada aspek pelancongan. Industri pelancongan akan menjadi lebih besar kerana  masyarakat asing memang minat melihat kesan-kesan sejarah sebegini. Bangunan ini juga memerlukan kos yang tinggi kerana tidak perlu dibina tetapi hanya dikekalkan sahaja kerana sudah lama dibina oleh penjajah atau penduduk di negara ini. Jika bangunan lama dan bersejarah ini dikekalkan sektor pelancongan negara akan menerima kesan yang paling ketara.

Tambahan pula, nilai atau perasaan cinta akan negara sudah pasti berkembang dengan baik dalam naluri penduduk terutama remaja di negara ini. Perasaan ini wujud kerana bangunan bersejarah mempunyai kaitan dengan peristiwa penting yang berlaku di negara kita. Kewujudan negara ini sepanjang zaman sudah memastikan rakyat terus mengingati kepentingan peristiwa sejarah itu kepada pembangunan negara. Jelaslah negara akan memiliki rakyat yang tinggi perasaan nasionalisme.